Di Mohd Baitussyifa kami memberi rawatan yang khusus kepada seseorang pesakit sepenuhnya sehingga dia dipulihkan . Sepanjang rawatan, pesakit akan di pantau sebilang masa dan perhubungan dua hala sentiasa berlaku. Bilangan pesakit yang diambil setiap hari untuk rawatan dianggarkan tidak lebih dari sepuluh orang saja. Rawatan dibuat secara individu kerana penyakit pun berbeza dan perlu pengkhususan di dalam rawatan.
SETIAP pesakit yang datang
perlu DIAGNOSIS / SCAN
penyakitnya terlebih dahulu. Scan yang
dilakukan adalah melalui kaedah ` Imbasan Penglihatan
& Selidik serta berdialog Secara Terus Dengan Makhluk
Halus `. Sepanjang proses ini pesakit berkeadaan
normal dan sedar diri sepenuhnya. Melalui perspekstif ini, hasil yang didapati akan dapat mengesahkan
punca penyakit samada sihir, saka atau
lain lain. Juga diketahui bagaimana ia terjadi
dari siapa bertanggung jawab, jenis barang sihir
dan mahluk halus yang berada didalam
badan pesakit dsbnya.
Kadang-kadang pesakit merasai
keliru kerana banyak tempat rawatan lain telah dikunjungi dan berbagai
ramalan telah diperoleh. Di Mohd Baitussyifa kami akan dapat memungkinkan dan mengesahkan penyebab
sebenar dengan izin Allah umpamanya dalam bab
gangguan saka, mengarahkan saka ( jin ) keluar dari badan dan tidak mengganggu mangsa untuk
beberapa hari dimana mangsa akan dapat
membezakan sakit tersebut berkurangan .Begitu
juga didalam bab gangguan lain berbagai
kaedah pengesahan diguna pakai.
Ada kalanya Mengesan/mengenalpasti
punca penyakit secara Scan Jarak Jauh terpaksa dibuat
atas permintaan pesakit.Di maklumkan Scan jarak jauh TIDAK
di galakkan hanya jika keadaan terpaksa !
PROSES RAWATAN
Selepas scan dan sekiranya
pesakit bersetuju untuk mendapat rawatan,
beberapa proses akan dibuat umpamanya mengeluarkan
dari badan pesakit barangan sihir, makhluk
halus, membuka ikat sihir dan lain-lain secara
berperingkat-peringkat mengikut masa. Mandi berulangan untuk
membuang bisa dilaksanakan selain dan
air mineral yang didoakan
sebagai penawar untuk di minum.
Untuk membuang saka keadahnya
tidak jauh berbeza tapi urusan lebih menyulitkan lagi kerana
keengganan jin yang mewarisi keluarga pesakit sudah pun
beratus tahun lamanya. Melalui scan dan dialog identiti
mereka didalam atau diluar badan pesakit termasuk
makanan yang mereka pernah dijamu dan
dimana datuk nenek moyang terdahulu mengambil
mereka. Saka-saka akan diberi pilihan antara
meninggalkan tuannya dengan cara baik tanpa
banyak kerenah atau menerima padah.
Didalam hal merawat sihir ada
kalanya masa terpaksa berlarutan sekiranya terdapat
sihir baru ( top-up ) mendatang berikutan orang yang mengupah
berjumpa bomoh yang baru pula.Perawat terpaksa
terus menerus menangkis dan melawan
sihir baru, disamping
merawat.kejadian ini akan dapat dikesan dan sekiranya tidak
rawatan sudah tentu menjadi sukar. Cara rawatan adalah mematikan
sihir itu satu persatu.Mematikan sihir bermakna
mengeluarkan barang sihir dari badan pesakit dan
menumpaskan makhluk jin yang melakukannya barulah sesuatu sihir itu berhenti.
PANTAUAN
Setiap pesakit sentiasa
dipantau kemajuan kesihatannya, umpamanya ditengah malam hari
sekira terdapat kesakitan atau serangan sihir baru
berlaku. Scan dan rawatan Jarak Jauh dibuat dengan segera untuk
meringankan beban kesakitan.
Pesakit dikehendaki sentiasa
memaklumkan keadaan semasa kepada perawat.
AMALAN PESAKIT
Setiap pesakit yang dirawat
dinasihatkan melakukan amalan biasa seperti solat, berdoa dan
membaca ayat pelindung dari kejahatan syaitan yang biasa diamalkan
saja. Mereka tidak akan dibebankan untuk membaca surah panjang
dari Al-Quran, apatah lagi pesakit sedang
berada didalam keadaan uzur dan ada
juga yang tidak dapat
mengaji.
PENERIMAAN RAWATAN
Rawatan kami hanya untuk
memulihkan orang-orang Islam sahaja. Sungguhpun demikian terdapat segelintir mereka beragama
lain pernah juga dibantu didalam hal
tertentu. PERHATIAN !!!Tempat perubatan ini tidak
menerima untuk merawat pesakit- pesakit yang
pernah melakukan sihir terhadap orang lain
melainkan
dia telah benar-benar
bertaubat. Hal ini akan kami ketahui tanpa
pendedahan oleh mereka yang berkenaan. Usaha
kami hanya menjurus kepada pihak yang benar saja.PERHATIAN !...
Di Mohd Baitussyifa anda di rawat TANPA di pukul dengan rotan atau kayu.....Tanpa di minta membaca surah2 tertentu untuk merawat diri sendiri yang pasti surah2 tersebut sukar di baca dalam keadaan pesakit yang terlantar sakit...Tanpa di rukyah... Tanpa menggunakan limau...bunga...minyak...garam...lada hitam...sebarang jenis kain atau sebarang supplement tambahan...dsbnya...!
Di Mohd Baitussyifa HANYA 100% AIR di gunakan untuk minum dan mandi.AIR di gunakan dalam rawatan berasaskan DOA dengan ayat2 AL Quran...bukan jampi !!!
Dan memang BENAR di Mohd Baitussyifa BAYARAN di kenakan !...
No comments:
Post a Comment
Berilah ulasan untuk menangani masalah SAKA !