MOHD BAITUSSYIFA telah di daftarkan dengan SuruhanjayaSyarikatMalaysia (SSM) dengan No.Pendaftaran 002170785-V Atas jenis perniagaan Rawatan Tradisional Secara Islam.
Bermula kira-kira dua belas
tahun yang lalu dari
satu daerah di Perak dan kini rawatan
kami telah bertempat di daerah gombak,Selangor
.Kegiatan rawatan batiniah yang dijalankan di Mohd Baitussyifa
telah lama wujud ,namun identiti sebenar Mohd
Baitussyifa sebagaimana dinamakan sekarang baru saja diumumkan. Kami merasai syukur ke hadrat
Allah,kerana telah sampai masanya perkhidmatan kami ini diperkembangkan didalam usaha kami menawarkan
kepada mereka yang memerlukan.
Sepanjang tempoh masa
mengamal perubatan ini. Perawat telah menimba pelbagai pengalaman yang sukar untuk diriwayatkan
disini .Berdepan dengan makhluk halus dan bertarung dengan mereka
didalam menangkis angkara Saka , Sihir dan
Gangguan jin sudah tidak terkira bilangan nya.
Ianya bukan satu perkara yang mudah dan
mengalami kecederaan dari tikaman jin-jin sudah
tegal biasa. Jin-jin dalam konteks setempat
datangnya dari pelbagai jenis, agama dan suku kaum, antaranya Siam,
Jawa, Banjar, Orang asli, Melayu,Cina,Hindu, Murut, Dayak,dan lain-lain.
Jadi pengalaman inilah yang
memantapkan kaedah rawatan kami .Disegi aplikasi pula,penggunaan ayat suci juga dirasai
menepati dengan kaedah atau mekanisme rawatan yang dikehendaki.Alhamdulilah, setakat ini semua
pesakit yang mendapat rawatan penuh
ditempat kami beroleh kepulihan yang
memuaskan , dengan izin Allah s.w.t.Alhamdulilah...
Pada masa ini terdapat
bilangan besar sekali orang yang sakit angkara
kejahatan Saka dan Sihir.Ini bermakna ramai pengamal ilmu hitam atau bomoh yang
tidak bertanggunjawab terus menerus melakukan sihir
kerana permintaanya dan upah nya yang tinggi. Namun
disebaliknya tempat rawatan atau orang yang
mahir
dan berjaya mengubat pula
tidak seramai itu, sungguh pun tempat rawatan berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh.
Bersama ini marilah kita
meningkat kan lagi kenyakinan serta tawwakal kita kepada Allah didalam menempuh dugaan ini
sebagaimana firmannya.
Ertinya;
'' dan kami turunkan dari
al-quran sesuatu yang menjadi penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman dan
tidak menambah kepada orang-orang yang zalim
selain kerugian. ''
Al-Israa: 82
'' berdoalah kepada ku nescaya
aku akan perkenangkan bagi kamu.Sesungguh nya orang-orang yang
menyombong diri dari menyembah ku, akan masuk
neraka jahanam dalam keadaan hina.''
Al-Mukmin: 60
Dari Sudut merawat pula,
risiko yang dihadapi oleh perawat yang benar
merawat pesakit didalam kes yang berat
adalah tinggi sekali. Adakala risiko ini boleh membawa maut kepada perawat dengan izin
Allah.Sementara itu keadaan ahli keluarga perawat
turut juga terdedah kepada risiko yang sama. Persoalan yang timbul
disini ,apakah pesakit secara ikhlas juga bersedia mengeluarkan bayaran yang
setimpal di atas kesanggupan perawatini.Sebagai
perawat menetapkan suatu kos rawatan yang
berpatutan mengikut keadaan pesakit adalah sesuatu yang amat wajar.
Kefahaman ini penting kerana
ada pesakit yang sering membuat komen yang kurang menyenangkan
tapi dikemudian hari mereka kembali lagi ketempat ini dan
merayu untuk dirawat semula setelah bertahun
mencuba di tempat lain tidak berhasil. Kami
terpaksa menolak kerana di anggap terlewat,
lagipun penyakitnya bertambah kronik walaupun
mereka menawarkan bayaran yang lebih
tinggi dari kos asal.
Dari segi prinsip kami
pula seseorang pesakit yang membuat
diagnosis atau scan penyakit bersama kami
tidak terikat untuk berubat di tempat kami.Namun mereka harus juga berfikir penyakit yang di
alami itu serius, parah dan mengugat
nyawa, masakan mencari tempat berubat yang bayaranya 'ala kadar' dapat menyakinkan.
Mohd Baitussyifa beroperasi
secara sederhana di premis kediaman dan
tidak berhasrat untuk mendapat liputan publisiti
yang meluas, sungguh pun ada kunjungan dari
agensi yang berkaitan.
Sebagai pesakit pula, testimoni
dari anda amat bernilai sekali ,apakah rawatan anda di Mohd Baitussyifa ini berkesudahan dengan pemulihan
yang memuaskan?, sekiranya baik sebarkanlah
baik atau sebaliknya.Rahmat Allah itu meliputi
segala galanya, setiap penyakit itu ada
ubat penawarnya dan
kesembuhan dengan izin Allah itu terjadi apabila
sampai masa dan berjumpa keadah rawatan
yang sesuai dan serasi.
Sekian,
Hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang maha sempurna Lagi maha benar…yang mana salah dan silap itu
adalah dari hambanya yang bersifat
lemah.
Dengan Tulus Ikhlas dari
kami…
Mohd Baitussyifa
017 846 5918
"Setiap penyakit ada ubatnya,Apabila ubat
tepat mengenai penyakit maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah
s.w.t." (Hadis Riwayat Muslim)
Wassalam !
No comments:
Post a Comment
Berilah ulasan untuk menangani masalah SAKA !